Thursday, August 11, 2005

FENOMENA JEREBU


Assalammualaikum..

hari ni jerebu lagi. nampaknya lebih teruk dari semalam. pandang ke luar dah tak nmpak sangat lrt tu. jauh dari tu apatah lagi. kat dlm opis lak ada bau macam asap. tekak perit biasalaa. demam me tak abis lagi so still batuk2. selsema.. sakit dada.. sesak nafas.. huu.. banyak dosa org2 kl ni kot. tu yg Allah timpakan bala macam ni. wallahu'alam.. me akan cuba perbaiki diri me supaya keadaan me lebih baik dari sblm ni.. dan me akan doakan kawan2 me juga sedara seislam me berada dalam keadaan baik juga.. aminn..

hari ni dapat mail dari unit OSH ttg jerebu. me nak kongsi kat blog me ni info2 pasal jerebu. :)

1.0 Mukadimah

Dalam situasi dimana sebahagian besar kawasan dalam negara kita mengalami keadaan berjerebu, Unit OSH dengan sukacitanya mengeluarkan sedikit maklumat dan panduan dalam menghadapi fenomena ini.

2.0 Apakah Jerebu?

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung diudara.

3.0 Punca-punca Jerebu

Punca utama jerebu adalah akibat daripada:

Pembakaran secara terbuka

Asap dari kilang

Asap dari kenderaan

4.0 Indeks Pencemaran Udara (IPU)

IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut:

4.1 Index Pencemaran Udara Dan Langkah Yang Boleh DiAmbil

Index

Keadaan

101-150

Keadaan tidak sihat

151-200

Keadaan masih tidak sihat

201-250

Keadaan lebih tidak sihat

251-300

Keadaan amat tidak sihat, amaran

301-400

Merbahaya, Kecemasan

Melebihi 400

Amat merbahaya darurat

4.2 Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa ditempat anda supaya dapat mengambil langkah-langkah pencegahan.

5.0 Jerebu Mengancam Kesihatan Kita

5.1 Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu:

Kanak-kanak

Orang tua

Mereka yang mengalami penyakit: Asma, Bronkitis, Radang paru-paru, Penyakit paru-paru yang kronik, Jantung, Alahan, Perokok, Mereka yang sentiasa bekerja diluar pejabat atau rumah

Sekiranya anda mengalami penyakit –penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah mendapatkan rawatan segera jika keadaan penyakit bertambah teruk.

Satu lagi mail dapat hari ni ttg indeks udara plak :

Perkembangan terkini mengenai keadaan cuaca yang berjerebu seperti dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, sehingga 10 hb Ogos 2005, menunjukkan keadaan berjerebu di beberapa kawasan telah mencapai tahap tidak sihat dan berbahaya.

Tahap pencemaran udara diukur menggunakan Indeks Pencemaran Udara (IPU) atau API (Air Pollutant Index) seperti berikut :


Indeks Keadaan
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak Sihat
201 - 300 Sangat Tidak Sihat
lebih 300 Berbahaya

Sumber: Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan

Dari Jadual Indeks diatas, pemakaian alat pernafasan adalah dinasihat pada tahap bacaan IPU melebihi 200. Pada tahap bacaan IPU melebihi 300, pemakaian alat perlindungan pernafasan dimestikan semasa keluar dari rumah / tempat kerja.

Sumber yang dirujuk pada 10hb Ogos 2005, lapan ( 8 ) kawasan telah diisytiharkan mencatat tahap pencemaran udara ( IPU ) melebihi 200. Iaitu :-


Kawasan IPU
Pelabuhan Klang, Selangor 424
Kuala Selangor, Selangor 418
Shah Alam, Selangor 349
Putrajaya, W. Persekutuan 337
Petaling Jaya, Selangor 304
Kuala Lumpur, W. Persekutuan 276
Tanjung Malim, Perak 205
Gombak, Selangor 200

http://www.jas.sains.my/jas/Air+Pollutant+Index++11-8-05.htm

menurut email ni
Unit OSH, Sumber Manusia Kumpulan telah menguruskan pembelian dan akan mengedarkan alat perlindungan pernafasan : “penutup hidung atau perlindungan pernafasan-pakai buang” (disposable respirator) akan diedarkan ke kawasan tersebut di atas dengan kadar segera ( Insya Allah, hari ini juga ) - Alhamdulillah.. nasiblaa dpt majikan yg prihatin :) kat sini rasanya tahap IPU dah mencecah 200 ++. dalam opis pun bleh pedih mata. cam na tu? dkt lrt jelatik pagi tadi masa me nak dtg kerja diorg (petugas lrt kot sbb pakai baju uniform kaler oren + biru) kasi free mask ni. kat klinik kat sini jual mask tu RM1 satu. kawan opis me citer kat farmasi shah alam jual RM5 satu mask. hmm...

email tu tak tulis lak kawasan sepang. kalau tak silap me, sepang kena jerebu teruk gak. sian mak ayah me kat saner.. me sebenarnyer planning nak balik sepang minggu ni. kalau keadaan teruk, tak balikla jwbnyer...

smlm petang ujan kejap. dlm berita tv3 mlm tadi kata kat subang jaya hujan batu disusuli hujan biasa. ada gak yg smpt amik gambar ujan tu (video). subhanallah.. hujan batu tu.. mcm ais.. kawan satu blok (rumah) citer kata opis dia akan buat solat hajat minta diturunkan hujan tgh hari ni. kat opis me belum terdengar ura2 nak buat solat hajat lagi.. erm.. kalau ada mesti dah mail.. tak per, nnt me mail ustaz zakuan tanyer ada buat ke tak. hmm.. doa me.. semoga keadaan cepat pulih seperti sediakala.. aminn...

jerebu - panduan kesihatan (mesti ambil tahu)

note: segala yg berlaku ada hikmahnya... Dia Maha Mengetahui apa yg dia turunkan kepada hamba-Nya.. sebagai hamba-Nya yg lemah.. hanya doa yang mampu kita panjatkan kepada-Nya...

insan yg lemah lagi hina..
nisnim..

No comments: