Wednesday, August 10, 2005

..jerebu & demam..

Salam..

hmm.. jerebu teruk hari ni. rasanya sejak Lembah Kelang ni jerebu, hari ni yg paling teruk. Sebabnya, dari pagi lagi dah tak nampak apa. mendung je. apa penyebab jerebu ni ye? me dah lama tak baca paper.. tak tgk berita juga.. nantilah sat2 lagi me surf kat internet kenapa jerebu teruk sangat ni. last yang me dapat info, jerebu ni pasar pembakaran hutan kat cyberjaya. betul ke tak wallahu'alam.. nanti me check semula.

update: dah jumpa.. baru baca paper Berita harian 10/8/05:

"Rosnani berkata, kebakaran di beberapa lokasi di negara ini seperti Cyberjaya Park yang menjadi punca jerebu teruk di kawasan sekitar termasuk pusat pentadbiran negara, di sini juga berjaya diatasi.".. hmm.. kat cyberjaya rupanya.. tapi ada tambahan lagi dalam berita tu..“Sebahagian daripada kebakaran di Cyberjaya Park dapat dipadamkan. Kawasan kebakaran seperti di Saujana Putra dan Putra Perdana juga sudah dipadamkan sepenuhnya,” katanya.hmm..dalam paper kater keadaan jerebu semakin baik. tapi rasanya hari ini adalah hari yg paling teruk kl di landa jerebu..wallahu'alam..

lagi sebab jerebu: "Sementara itu, agensi berita AP melaporkan, pihak berkuasa Indonesia berusaha mengawal kebakaran hutan di tengah Sumatera yang menyebabkan cuaca berjerebu di Malaysia. Seorang pegawai Agensi Kaji Cuaca dan Geofizik Indonesia yang hanya dikenali sebagai Firman berkata, kebakaran itu menyebabkan jerebu tebal di Sumatera beberapa hari lalu, tetapi angin kuat membawanya ke Malaysia."aduhai...ini rupanya punca..semua ni kuasa Allah.. mesti ada sebab kenapa Allah bawa jerebu ni ke Malaysiakan? hmm.. Sumatera bkn dkt ngan kawasan Johor ke? napa Johor tak kena jerebu yg teruk mcm kl?atau me salah info? hehe..
erm.. kualiti udara sekarang dah mencecah 420, dah tahap darurat (darurat 300). hmm.. cam ner ek?-tamat update :D -

apa kesan jerebu? hmm.. pada alam sekitar, mcm yg me ckp tadi.. mendung je.. tak nmpk apa.. pada kesihatan.. hmm.. me kena demam selsema ni. mungkin ada kaitan dgn jerebu. wallahu'alam.. kena batuk2..selsema..pening kepala..sakit mata..macam2 sakit datanglaa. bahaya juga. sbb jerebu ni abuk kan? so, now kalau nak keluar kena pakai mask. hehe.. tak naklaa.. erm.. tak yah kuarlaa lagi bagus :D

me kat opis tkt 43. so dari atas ni mmg tak nampak apa dah. abuk putih + cahaya matahari so nmpk mcm mendung je. sakit kepala me tgk kluar. sbb silau juga. kalau ada kat bawah mungkin tak la nmpk teruk sgt mcm kat atas ni.

hmm.. skrg me rasa badan dah menggigil.. nak mc pun rasanya tak bleh balik ni. mata dah pedih sgt..kepala sakit, idung sumbat..rasa nak tdo je.. tak g klinik lagi pun. sat lagi laa.. pasal me demam me ada tulis dlm blog me yg lagi satu.waa.. demam2 pun sempat tulis blog tu. haha. sambil2 buat kerja ni. lama sgt lak nak tunggu notes ni update sistem.

update:
nak makan..tapi tak der selera..sakit tekak. tapi perut lapar..huhu..macam mana ni?
sakit ni kifarah pada dosa2 me.. ya Allah.. sabarkanlah hamba -mu ini dalam menghadapi ujian-Mu ini. Aminn..

update:
tak taulaa napa hari ni..samaada ramai org yg bad mood atau me je yg nmpk ddiorg mcm bad mood.. adalaa 3 org me tegur semuanya balas mcm nak tak nak. pandang me pun tak nak.. huhu.. terasa gak laa mcm kita ada buat salah. tapi tu laa.. rasa sendiri je kot.. takutnya kalau ada buat salah ngan org.. bkn apa.. susah hati laa.. hopefully semua yg me rasa tu tak der apa2laa.. hii..


alahai.. me demam laa...
~comei~

No comments: