Wednesday, September 07, 2005

allergie..

today kena allergie..

me sampai opis lewat lagi. bila dah duduk kejap kak nik offer karipap. tak tau la dia buat or beli. hmm.. beli kot sbb dlm plastik. hehe. org dah offer me amik je la. tapikan.. huu... makan je me tau ni karipap beli kat bawah. me mmg tak bleh mkn karipap ni sbb me rasalahkan org yg jual ni letak udang kering. now tgh suffer gatal dlm mata, kat idung, bibir, dagu, sekitar mukalah pendek kata. hmm.. hilang selera makan..

kadang me boleh pening kalau kena allergie. bila mata dah terlalu sakit, kita tak dpt nak concentrate buat benda lain. me pernah kena allergie sampai bibir me bengkak. or naik bintik2 merah kat tangan. gatal kat tekak. huu.. dan pernah juga sampai kulit melecet. allergie ada kaitan dgn asma dan resedung. sbb tu juga bleh semput bila kena allergie ni.

me mmg sentiasa cuba elak dari kena allergie. tak tahanlaa.. tak kan nak menggaru jerk? huu.. so far yg me perasan me tak bleh mkn sea food mcm udang, sotong dan ketam. bukan setakat makan, bau pun tak bleh. tapi sotong tu.. kalau me terjumpa mak masak sotong masak kunyit, me curi2 gak la mkn sikit. nak rasa je. sepotong pun jadik la. alhamdulillah, oleh sbb ada penyakit ni, maka nafsu mkn menda alah ni mmg tak der. kerang me bleh mkn (dan mmg favourite me) tp me tak bleh nak kopek kerang tu. kadang sian kat mak kalau mak nak buat sambal kerang, mesti mak yg kopek kerang tu. mak mmg tak kasi me buat. hmm.. sayang mak.. :) sea food lain.. ikan so far alhamdulillah me bleh mkn. ala-ala, lala, kupang semua bleh mkn tapi tak bleh nak masak.

me alah pada bau/wap menda alah ni. kalau mak masak semua2 ni, sama ada me tak boleh ada dalam dapur atau me keluar dari rumah. pernah sekali kat opis, kawan me mkn sebelah me me rasa gatal2 kat tangan dan muka (+ ada bintik2 merah). me tgklah kwn me makan apa. rupanya udang besar. hmm.. tak kan nak bangunlak kan? kwn me minta maaf masa tu gak dan niat nak bangun. tapi me kata, tak perlaa.. sikit je.. me ada ubat. haha. tgh mkn kan. tak kan nak bgn.

tapi me rasa sakit me tak serius mana. insyaallah kalau ada ubat, me ok lah. tapi pernah gak la terpaksa bergantung pada ubat terutama malam. kadang tak boleh tidur sbb gatal2. ubat allergie ni ada yg ngantuk. dan sebenarnya juga ubat ni adalah ubat selsema/resdung. so kalau mlm, me akan mkn ubat yg ngantuk tu. lena sampai pagi tak rasa gatal. sekarang ni dah kurang sikit. me perasan juga me dah kurang mkn ubat gatal. tapi kalau sekali kena mcm tadi, pedihnya terasa sampai sekarang. insyaallah.. tak lama lagi oklah. at least, kurang...

me bersyukur dgn nikmat lain yg Allah kurniakan utk me.
Alhamdulillah...

4 comments:

Anonymous said...

Am pun kalau makan udang akan gatal2 juga, pernah sekali tu telinga bengkak, tapi kalau makan byk sangat lah, sikit2 ok sahaja

Sekarang ni pun kalau boleh jauhkan makan udang

Apa-apapun nice blog, kalau boleh letaklah tag board

~comei~ said...

:)

boleh gak makan kan. anim kalau bau udang je dah loya. tak taulah..

erk.. tag board tu apa? yg mcm shout board tu ye? yg mcm kat blog abah ye? cam ne nak letak? hehe..

fieyda said...

hehehhe....akak dah nak deliver pun...lama lost contact erk....

adik nis sihat? masih kerje di bangsar? errr study dah habis...?

all de best ya dik....now contact ngan blog lagi senangkan...keep in touch

~comei~ said...

sihat alhamdulillah.. yup masih bekerja kat situlah kak. study ok gak. hari ni 2nd day kelas utk sem ni. semoga akak sihat juga ye. yeah.. keep in touch ;)