Thursday, September 08, 2005

nostalgia..mengaji quran

salam..
pagi ni sajer masuk myspace. ada satu cerita yg menarik me dpt hari ni dr buletin myspace. me nak kongsi ngan kawan2 kat sini. cerita ni ada sikit sama ngan me..cara ayah didik anak2 dia baca quran.. rindu me pada ayah.. hmm.. sememangnya nostalgia tu akan merapatkan kita kembali dgn seseorang...

p/s: penulis asal citer kat bawah ni me tak tau. hehe.

----------------

bacalah..dengan nama Tuhan
td lepas mandi, terdengar suara kakak aku mengaji. Sedap jugak suara dia..

sekonyong-konyong ingatan aku kembali ke masa silam. Sewaktu aku dan kakak yg berusia 6-7 thn, bersila rapat, mengadap ayah selepas solat Maghrib. Dari muqaddam, hinggalah ke 'Quran besar'..( term yg kami guna dulu..), ayahlah guru mengaji kami. Dalam takut2 aku pada ayah, aku liat betul nak mengaji. Ada aje lah alasan..yg mostlynya tak berjaya utk membolehkan aku escape mengaji. Kalau demam tu, seboleh2 mungkin nak buat mcm separuh mati, kenapa..sbb nanti ayah bg miss mengaji. Aku mmg kanak2 yg penuh 'mischief' ms kecik dulu..=]. Ada sekali tu, idea jahat aku ni, setiap kali menyelak lembar baru, aku akan skip 2-3 page sekali,dengan harapan nanti cepatlah habis mengaji. Ingat ayah ni 'buta' sgt lah tu, sekali dia dpt tangkap aktiviti aku tuh, terus kena mula drpd awal semula. ISkks..

ayah mmg tegas dlm bab mengaji2 nih. Aku masih ingat lagi, malam pertama aku mula baca 'Quran besar'. Ayah hulur Quran warna ungu pd aku, kakak warna hijau. Ayah mulakan dengan menerangkan tentang dengung bacaan, kat huruf mana boleh berhenti, tanda bacaan dll. Ayah juga cakap, .." skarang dh naik 'Quran besar', kenalah baca betul2 , tak boleh main2 lagi..". Pada masa itu, tak dpt digambarkan betapa aku rasa sgt 'dewasa' dan bangga, aku buat muka tekun, riak wajah ayah masa tu masih jelas dlm kepala sampai sekarang, membayangkan betapa pentingnya saat tu pd aku. Ayah kalau masa ajar mengaji mmg serious, kakak pernah kena tahan mengaji sampai pukul 11 mlm, aku ingat lagi masa tu lampu dh tutup, tinggal Kak Dah buat keje kat dapur. Aku turun perlahan2 dan tengok dr tangga, kakak masih terbongkok2 mengadap Quran. Hmmm..

Dan begitulah seterusnya, sehingga aku dh boleh mengaji sendiri. Adik2 bwh lagi lah 'manja' jdnya, sbb mama yg ajar. ( biasalah..mama, lembut sikit, tak segarang ayah..) .Pun begitu, hasil didikan, dan penekanan akan pentingnya lidah fasih dan lancar menyebut ayat Tuhan, menjadi satu ilmu yg sgt berharga buat kami.

Semasa di Tadika Amal, setiap pagi akan ada sesi hafazan surah dgn cikgu. Dan aku ingat lagi, tak dpt lepas2 hafaz surah al-bayyinah, lama betul tersangkut kat situ. Sampai jd takut nak gi tadika, sbb asyik tak dpt, cikgu tu pulak piat dekat paha. Cikgu yg mengajar bercermin mata, bertuduh labuh dan purdah, dan sesi hafazan ni berjalan dengan seorg murid mengadap seorg cikgu. Akhirnya aku dpt satu cara, balik rumah, aku pakai tudung bulat yg aku jumpa dlm almari, ( agaknya kalau ade spek mata, aku pakai jugak )..duduk bersila dpn pintu, dan berlakon jd cikgu hafazan tuh. Aku ulang2 baca, dgn gaya dan mimik cikgu sedang mengajar kami menghafal. Rupa2nya 'lakonan' aku tu berkesan. Dek berulang2 kali baca, aku berjaya hafal surah itu. Dan begitulah seterusnya, kaedah 'tiru-gaya-cikgu' dh jadi cara aku menghafal surah. Hehe..antara manfaatnya daya imaginasi kanak2...

apa2 pun, ..tunjuk ajar ayah dan mama, serta cikgu2 dahulu,..selagi aku mengamalkan ilmu pengajian QUran ni, selagi itulah juga pahalanya turut mengalir pada mereka. Aku sgt bersyukur didedahkan dengan Kalam Tuhan ini dari usia 'rebung' aku, yg masih lembut dan mudah dibentuk. InsyaAllah, sebagaimana ayah mengorbankan masanya hari2 menjadi' tok guru' aku, satu hari nanti, ilmu yg sama yg dicurahkan pada aku, akan aku salurkan pulak pada anak2 aku.
Ya Allah..bantulah aku menghayati dan mendampingi Al-Quran-MU, dan jadikanlah aku, serta generasi selepasku, hamba-hamba yg menjadikan Al-Quran teman akrab kami sepanjang zaman...aminn.

3 comments:

Anonymous said...

Am dahulu mengaji, ayah Am ajar juga, punyalah garang hehehehe

Abah Mui'zz said...

Abah dulu mengaji arwah tok yg ajar. tak garang. Tu sebab abah pun tak mahir sgt. Dah tua2 ni, segan la pulak bila tak lancar bacaanya. Tapi alhamdulillah, Ummi ada untuk betulkan abah.

~comei~ said...

anim dulu ngan kakak, ayah yg ajar. lebih kurang citer yg anim post tu la. mmg garang. tapi berkat tunjuk ajarnyalah alhamdulillah kitorang khatam quran. walaupun dia ajar muqaddam je. quran dia hantar kitorang ngaji kat makcik kat sini.

insyaallah bila ada anak sendiri nnt, anim akan ajar dan ajak dia ngaji tetiap mlm.... semoga Allah memberi kekuatan..aminn..