tadi jalan2 kat blog amal. ada entry yg menarik. me nak kongsi dgn kawan2 lain gak dlm blog me. satu tu tajuk dia warkah buat hawa. me pernah dpt mail warkah ni. tapi sekadar baca dari mail, foward kat kawan2, dan delete dr inbox email. so now me nak paste kat blog plak. not sure saper yg tulis puisi ni. tapi mmg terkesan dalam diri..
Warkah untuk HAWA..
Hawa, La Tahzan....
Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana saya khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa…
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.
Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.
Hawa…..
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.
2nd entry dari blog amal yg me minat adalah 'la tahzan..' yg bermaksud jgn bersedih. me suka word ni.. first time dgr masa berita vss warga tm beberapa bln lalu dari mail (sinopsis dari buku la tahzan oleh pn yati). ketua biro me sampaikan ucapan terakhirnya sblm bersara (vss) petikan dari buku la tahzan ni juga. terasa syahdu dan terkesan dalam hati. me ada niat nak beli buku ni tapi masih belum berkesempatan. ada kawan opis kata, buku ni buku motivasi yg bagus di baca. insyaallah, satu hari nnt me akan beli juga buku ni.
sebab rasa sedih akan terus mengganggu mu dengan kenangan masa lalu..
akan membuat mu khuatir dengan kemungkinan masa akan datang...
dan akan mensia-siakan peluang mu pada hari ini....
kamu hanya mempunyai hidup yang pasti hari ini...
hari yang ketika ini mataharinya menyinari mu...
dan malam nya menyapa mu...
bukan hari semalam yang telah berlalu dengan sgl kebaikan dan keburukan
nya..
juga bukan hari esok yang belum pasti lagi...
inilah hari kepunyaan kamu...
maka berusahalah sepenuh hati pada hari ini...
lakukan solat yang paling khusyuk pd hari ini..
berzikir sepenuh hati...baca al-quran dengan paling tartil..
keindahan dalam akhlak..
mengambil berat kesihatan jiwa dan raga mu..dan
bersiap2lah untuk satu perjalanan jauh menuju akhirat..serta
nikmatilah hari ini dengan sgl keriangan dan kebahagiaan nya..
krn kamu hanya mempunyai hidup yang pasti HARI INI
note: damai..aman..thanks kawan..
No comments:
Post a Comment