baru balik lunch. hmm.. sebenarnya nak cerita aktiviti weekend baru ni, tp tak perlaa masuk sikit cerita pagi ni. hmm.. hari ni sebenarnya malas nak mai keja. tak der mood. tapi dtg gak la. sbb tak der plak nak apply cuti ke mc ke apa ka. sampai je bos dtg tanyer me join meeting ke tak. me cakaplah tak sbb me ada keje lain nak kena buat (loading data) + me tak di invite utk meeting tu. alaa.. me ni kuli je. meeting ni org atas je yg patut join. dpt input serah kat me, me buatla. tgh nak mula kerja, bos call suruh attend gak meeting tu. huh. bengang gak la. bkn tak der s/a. dia bleh buat decision apa. studyla system. pas tu terang kat me apa nak kena buat. me tak rasa me perlu join meeting tu. tapi tak taula diorg ni. pelik gak la. so dlm keterpaksaan.. me join da meeting. dlm meeting me diam je. dengar dan tulis. nak senyum pun berat. my bos perasan rasanya. lantak pi. now me dah tak la bengang lagi. sbb dah lunch kot. haha.
k, buka story weekend lak.
jumaat petang kak ani call tanyer apa plan me cuti hujung minggu ni. me ckp me free. mmg me tak plan apa2 kecuali nak p daftar sem baru ahad tu. + if rajin dan berkesempatan kononnya nak p beli brg dapur (tp tak p pun. hehe). so kak ani tanya me if berminat nak join bisness dia. but not as her partner tp sebagai salesgirl dia :) kak ani citer serba sikit pasal bisnes dia tu and me rasa mcm menarik. so seperti yg dijanjikan, sabtu pagi tu kak ani dtg jmpt me kat rumah. pergi kat au2 (dpn balai polis hulu kelang) ada buka booth kat situ. me jaga gerai jual pakaian kanak2 perempuan umo 1-13 tahun. first time utk we all kat situ, so utk first day tiada jualan :D tapi me rasa enjoy gak la cumanya letih dan ngantuk. kenapa tiada jualan ye? me rasalah kan. salah satu sbb ialah org ramai g bkt jalil. ada sure heboh rupanya. me dok situ sampai pukul 6 lebih kot. pas tu balik ngan along. kebetulan lak dia dtg bila dia tau me ada kat situ.
me salah kasi info kat kengkawan. hehe. me sms kwn2 suh dtg tgk barang kat situ. tapi me just kata '..kat dpn balai polis..' so diorg sume ingat polis buat jualan lelong. haha. ada gak yg tanya 'brg curi ke brg rampasan'. tergelak sengsorang me. pas tu me betulkan balik msg tu ' bkn polis buat jualan, tapi ada buka booth kat rumah teres depan balai polis tu...' hmm.. susah gak sms ni. salah info tak pasal jerk. tapi adalaa yg dtg gak hari tu walau tak membeli. jenguk2 and support kawan2 :). thanks..
ptg tu along call. me ckpla me jaga booth kat dpn balai polis. haha. pening kakakku mendengarnya. along kata 'aik baru kawan ngan polis sorg dah buat jualan ke?' huhu.. adake patut. tapi ye la. me yg salah kasi info. hehe. along ajak me balik sepang. mmg menarik idea tu. tp me kena berkejar2 lak balik rumah.. so takut tak sempat. so me ckp me tak ikut kot... tak lama lepas tu, tetiba jerk ada org cuit belakang me. pusing2 tgk laa.. dah sampai. along, abg long ngan sufi my anak buah yg comei. terus me dukung sufi. kebetulan juga mmg kitorang dah kemas2 nak balik. so me teruslah ikut along balik sepang.
along tido saner ngan sufi. me balik kl mlm tu gak ngan abg long. dlm kol 12 lebih sampai rumah. mmg me letih sgt. ingat nak mandi. tak jadik sbb sejuk. so me terus tido. kol 1 terjaga. dpt call dr kawan. dia kata nak borak2 if tak mengganggu me. hmm.. mmg me letih, tapi me mmg nak borak2 ngan seseorang. dia call dan kitorang borak sampai pukul 5.30am. me sajer tahan dia dari letak phone sbb me takut nak tido. haha. dah gelaplah kan.
ahad tu me bgn lmbt. ye la tido pun lmbt. register start pukul 9am - 12.30pm. me sampai ukm kol 12.15pm :D. sempatlah daftar. dpt result ngan buku teks. result me? oklah. tapi tak sampai 3 pun. hmm.. jumpa wan. me malas nak bawak buku balik rumah sbb ada date ngan najwa. so me tumpang kete wan. janji ngan dia selasa ni masa kelas me amik buku tu. dia ok je.
janji ngan najwa nak jumpa lepas zohor. sbb tu juga me keluar lmbt dr rumah. so, bleh terus g mid valley jumpa dia kat saner. najwa nak fly ke ireland sabtu ni nanti. tak sangka nak balik dah dia. jadilah dpt jumpa 2 kali. first masa dia baru sampai kl, 2nd masa dia nak fly ke sana semula. kitorang jumpa sampai kol 4 pm. pas tu masing2 balik.
balik umah me online internet. borak ngan dia.. makin manja lak dia ni. tak taula kenapa. me ada rasa bersalah gak.. tapi me layan juga.. hmm.. salah ke? entahlaa.. hati ni.. ish... teringat abg mie kata, 'selagi org tu tak bawak anim jumpa mak ayah dia, mungkin org tu nak main2 je ngan anim...termasuk bdk tu..' sedihnya... tp yg pahit tu adalah nasihat yg baik kan? me confius juga.. ntahlaa tak tau.
hmm.. aduhaii..rindulah pulak...
-me-
No comments:
Post a Comment