4.00 pagi
- BangunBerdoa kepad ALLAH dengan doa :Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikanaku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan.
- Berniatlah untuk melaksanakansebanyak-banyak kebaikan hari itu.
- Mandi dan membersihkan diri.Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.
- Solat Sunat Taubat. Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
- Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.
- Solat Sunat Tahajjud. Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAHTaala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
- Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
- Solat Sunat Hajat. Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.
- Solat Sunat Witir. Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
- Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.
- Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri,meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita,taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.
- Makan Sahur
- Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.
- Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.
- Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah.
- Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.
- Membuat persiapan ke tempat kerja.
- Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAHagar semua aktiviti kita diberkatiNYA.
- Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati.
- Banyakkan istigfar/meminta ampun.
- Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuhbertanggungjawab.
- Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.
- Sembahyang Sunat DhuhaIa adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan. Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
- Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran.
- Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.
- Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrimmengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.
- Bersiap untuk solat Zohor.
- Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat.
- Solat Zohor berjemaah.
- Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud.
- Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH ygmemberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
- Bersedia untuk solat Asar.
- Solat Asar berjemaah.
- Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
- Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
- Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!
- Memperbanyakkan doa sebelum berbuka. Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabdaRasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanyalapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.
- Apabila masuk waktu magrib, bacalah doa dan berbuka :Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku berimandan dengan rezki engkaulah aku berbuka.
- Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.
- Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.
- Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun keranafadhilatnya amat besar.
- Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknyabaca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yanglain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satukali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kalidalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)
- Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.
Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hariesok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini keranaALLAH Taala. (JANGAN LUPA!!!)
Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah.
Bacalah doa sebelum tidur :Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati.
Ingatlah tidur adalah matiyg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.
wallahu'alam..
Ya Allah.. berilah kekuatan kepadaku untuk beribadah kepada-Mu.
copy dari : http://faizar.onestop.net/ramadhan/
note:
tadi ada ceramah agama tajuk wanita & ramadhan di sampaikan oleh ustazah bahyah kat sini. me tak ikut sgt kuliahnya ni sbb sibuk dgn urusan pendaftaran peserta utk majlis ni dan sibuk hal2 lain. maklumlah me salah sord ajk, so kena buat kerja sket.
tapi ada satu yg me ingat.. benda ni pernah di persoalkan org.. kita tahu bahawa di bulan ramadhan syaitan itu di rantai oleh Allah tapi kenapa org masih buat jahat? jawapannya.. kerana yg di rantai adalah syaitan tapi bkn nafsu si pembuat jahat. semoga di bulan yg mulia ni nnt me dan rakan2 me yg menjalankan ibadah puasa ini dpt melakukannya dgn ikhlas dan dapat mengawal nafsu dari melakukan perbuatan yg tidak sepatutnya.
wallahu'alam..
1 comment:
Assalamualikum, di kesempatan bulan Ramadhan (Jadual Harian Bulan Ramadhan) yang penuh dengan segala-galanya ini, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa dan bersama-samalah kita mengambil kesempatan diatas peluang yang telah Allah berikan ini untuk mencari Lailatulqadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah melakukan Qiamulail
Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada setiap tanggal 17 Ramadhan kita akan mengadakan peringatan Nuzul Al-Quran.
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam.
So, Pass the knowledge of Quran by referring your friends & relatives to this website. If you own a website, help promote this site by linking to Quran Online
http://faizar.onestop.net/alquran/ atau http://mymalaysia.onestop.net/alquran/
Dapatkan juga ekad di
http://mymalaysia.onestop.net/ekad/ atau http://faizar.onestop.net/ekad/
Post a Comment